Thursday, August 18, 2011

resepi akan datang

petang ni nak masak ala2 western for berbuka..wait for the resepi eh..kalau sedap i upload la..kalau x,hmmm...dipikirkan dulu yee..

resepi : roti john

resepi ni paling sinonim dengan aku..sebab aku suka buat..ni resipi drpd subjek masakan masa form 2.adala edit2 sikit..terima kasih kepada cikgu haryani...

bahan2 :
roti (xkisahla roti apa,aku guna roti hotdog)
daging cincang
telur-6 biji telur boleh buat dalam 10 roti
bawang-cincang
serbuk kari
butter
garam
lada sulah

cara-cara :
panaskan butter.masukkan separuh bawang tu n masukkan daging cincang.masak sampai air kering.
sementara tu,pukul telur dengan bawang , garam, lada sulah,serbuk kari n daging yg dah masak tadi.
panaskan pan dengan butter.
tuangkan telur atas pan.terus letak roti yg dah belah dua.jgn comot ye..kalau pan besar,letakla telur banyak n boleh buat 2 roti sekali..
angkat,letak sos cili (brand longson sedap ),mayonis n sayur-sayuran kegemaran..

siap!!!





resepi : karipap

bahanbahan :

inti :
kentang-potong dadu
bawang besar-potong kecik2 ikut suka
daging/ayam cincang
garam
serbuk jintan manis
serbuk kari-aku x letak
black pepper tumbuk
minyak masak

pastri :
tepung gandum
butter
minyak masak
garam

cara2 :
tumis bawang sampai agak2 layu.
letak daging cincang.
masak sampai air daging tu dah kering sikit.
masukkan kentang
perasakan inti tu dengan serbuk2 yg ada
tunggu sampai kentang empuk n air daging tu betul2 kering
kalau air kering tapi kentang x empuk,letak air sikit
biarkan sejuk

pastri :
panaskan dalam dua sudu minyak masak n dalam dua sudu butter.agak2 jee.
campurkan tepung dengan secubit garam.kalau pakai salted butter,xyah letak garam banyak sangat.
masukkan munyak n butter yg panas tadi dalam tepung.gaul dengan sudu sebab panaskan..
masukkan air sikit demi sikit n gaul pakai tangan.ni pun sama agak2 x melekat kat tangan tu dah kira okdah.jangan keras sangat.
bulatbulatkan dia n rollkan pakai roller tu.(aku pakai botol kicap okeh,sebab xde roller tu..apepun boleh)
bila inti dah sejuk,kelimla karipap anda..

*abah kata aku patut berbangga sebab abah pandai kelim karipap.ada ayah org lain pandai kelim karipap??ada..tapi x ramai kot..hihi..oh,aku n abah berlumba kelim sapa lagi laju n sapa lagi cantik..hahaha..buat karipap bulatla,karipap mini la...main2 eh??hahaha..ok,bangga abah pandai kelim karipap n anyam ketupat..family aku abah je pandai anyam ketupat.mama pun x pandai..aku kalau nasib jadi laa..pernah sekali abah nak ajar aku,dia yg buat x jadi.memang x boleh nak diajar.kena pandai2 sendiri n tengok org buat.aku pandai ketatkan anyaman tu n masukkan beras jee..hahaha...abah dah buat sebakul aku baru buat satu pastu bangga x sudah..heee



resepi : ondehondeh aka buah melaka

hari ni aku tibatiba rasa nak share resepi dekat blog ni...

resepi : ondehondeh

bahan-bahan :

tepung pulut
gula melaka ( aku guna nise org klate tuh..hihihi )
kelapa parut (guna yang putih baru cantik )
daun pandan ( nak pakai pewarna hijau pun boleh,tapi x cantik )
air
garam

cara-cara :

blendkan daun pandan tu dengan air.
letak tepung pulut dalam mangkuk besar agak2la berapa yg korg nak kan..nak banyak letak banyak.
lepas tu tapis air daun pandan tadi ke dalam mangkuk yg ada tepung tu.tapis sikit2 sambil gaul pakai tangan.jangan letak banyak terus,nnti lembik..gaul sampai tepung tu jadi doh macam plastesin..atau nak lagi senang,sampai tepung x melekat dekat tangan..jgn smpi jadi cekodok ye,izreen farhanis..heee
bulat2kan dia,penyekkan n masukkan gula melaka yg dipotong2 tu.*aku suka potong besar2 n bila makan dia  cair sgt.sedap*
pastu,tutup balik n masukkan dalam air yg tgh mendidih.
tunggu sampai masak aka terapung.angkat n gaulkan dekat kelapa parut yg dah gaul dengan garam.
SIAP!!

masa aku buat bawak pegi seremban,adik sedara aku yg suka berterusterang tu kata'susahla nak kunyah keras2 ni' ' banyak sangat gula nnti kena kencing manis'..ishhh..kalau suka keras,potongla kiub2,kalau x,hiris2 je sampai dia jadi mcm ala2 serbuk.tpi doh dia kena buat lubang dalam2 n masukkan gula pakai sudu..

oh,lagi satu,lepas dah masukkan gula,jgn gentel lama2.lagi yg buat mcm serbuk tu..tgn kita panas,nnti gula tu cair.sekadar tutup je.x bulat betul pun xpe..

selamat mencuba!

Friday, August 12, 2011

kenapa artis KOREA,lagu KOREA,cerita KOREA diminati ramai..

few days lepas aku main msg2 ngan ciksyiro..lebih kurang macam ni la conversation dia :

syiro : biha,kau buat ape tu?aku bosan ni..
aku : aku br lepas offline..online lama2 pun xtau nak buat apaa..
syiro :eh,kau x minat korea eh??cuba la tengok the arrival ke cnblue ke..
aku dlm hati *x dlm hati pn xpe bkn dia dgr pn : hari tu suruh aku tgk you're beautiful..hish budak nih
aku : muvi ke series?
syiro : yg the arrival tu series.cnblue to vid clip..xpun kau tgk yongseo we got married..comel
aku : oh,x minatla..laki korea jambuuuu
syiro : x,yg cnblue tu x jambu
aku : aku suka kwon sang woo jek
syiro : tp dia dah tua..yg ni baya2 kita je
aku : aku mmg suka yg tua2
syiro : kau suka yg tua2?hish

haha..ok.abaikan dua line last tu..berbalik kepada title kita.silap ye..bukan noktah yg last skali tu.sepatutnya tanda soal.kenapa?kenapa?kenapa?


1. mamat2 korea semuanya jambu2 belaka..

betul..korang xrasa ke mamat2 korea tu semuanya jambu2..cuba cari yg x jambu??semuanya x hensem..dulu aku minat kwon sang woo.masa zaman2 stairway to heaven tgh hot tyg kat 8 tv.suka tgk dia senyum,dia nangis,dia buat muka bodoh..hee..xde sapa dah lepas dia..ececece..menggedik la pulak..tapi serius,artis korea zaman sekarang ni dahla muka jambu lepas tu fesyen pelik2 lepas tu rambut pelik2.mostly rambut nak straight kejung2 panjang2*sory korean fans*..ok,aku x suka laki rambut panjang.taste aku lelaki melayu walaupun aku suka jugak dekat mcdreamy.ok fine.taste aku lelaki tua.-.-


2.cerita dia semua comel2

mostly cerita korea yg org minat semua cerita comel2.ok,perempuan dia mmgla comel2.tp aku suka cerita jiwang2.aku tgk cerita korea ni masa aku drjh enam,f1,f2..cmtula.pastu lepas spm adelah jenguk mysoju.tu pun tgk muvi je.aku tgk je cerita comel2 nih tapi xdela fans sgt smpi xleh tinggal.crita korea series yg aku minat semua cerita tangkap leleh punya.stairway to heaven,love story in harvard..cerita korea ni comel yg versi x logik.mcm cerita coffe prince tu..kan aku kate laki korea jambu smpi laki pompuan pn x bole kenal..hihihi.mcm cerita boys over flower tu..ade ke grup lelaki yg hot mcm tu??itu mcm imaginasi kanakkanak remaja.see???lepas tu mesti ada family yg kaya raya gilaa..lepastu perempuan2 semua berangan nak dpt lelaki mcm tuu..hecm anak raja..tgk??dah menyemai harapan palsu dekat gadis2 x bersalah.ini akan meningkatkan jumlah andartu2 kat msia ni sbb semua nak cari yg korean look..hahaha..gurau jee.


3.x paham lagu korea.

lagu2 korea tu x difahami.ada yg rajin tu bolehla translate bhs korea.yg aku x paham ada org boleh hapal lagu korea??mcmne tuu?sgt fanatik ok.xde feel la nyanyi lagu x faham.kalau lagu inggeris boleh lagi tgk lirik n pahamkan lirik dia.oh,tp dkt youtube ada kn lagu korea yg dah siap translate english..ok2.boleh terima.bhs korea boleh belaja kan??aku je yg x nak..nak seribu daya,xnak seribu dalih..aku xnak,so,banyakla dalihnya..maaf maaf maaf..sila minat lagu korea.-.-


4.pengaruh dia sgt hebat.

ok,pengaruh korea ni sgt hebat kat malaysia.kadang2 sampai aku x suka.rimas.contoh;aku baca cerpen,novel melayu ni kan..tiba2 dia kata'hensemnya dia mcm muka ********'nama laki korea yg aku x kenal..terbantut aku nak baca..xpun'kalau kau hensem mcm *****xpe jugak!'..aku x kenal pon mamat korea yg dia mention tu..x dapekla den nak imagine kehenseman watak hero tuu..cuba la kata hero tu hensem mcm yusry kru ke,mcdreamy ke,aaron aziz ke tomcruise ke..dapekla den nak imagine.xpun si hero kata saranghae dekat heroin..apehal??kenape ada lelaki terpengaruh dengan korea2 ni..ckp i love you x boleh ke??hish..aku tiba2 tertanya2,ada ke lelaki yg minat korea?oh,ada.erul af tuu..-.-post2 kat fb bnyknya la pasal korea smpai aku malas nak bukak fb..eh,x.aku bukak je hari2..


5.aku peminat setia cerita melayu n english movie/series jee

kalau cerita melayu aku layan jee..cerita omputih lagi aku layan..sweet die lain dengan sweet korea..sweet matang sikit.aku dah matang okeh??*nada bangga gila*hahaha..kalau english movies tu,aku sanggup search nama mamat hensem dlm cerita tu n tgk dia berlakon cerita apa lagi n download cerita tuu..grey's anatomy tu sanggup aku download complete season 1-7..walaupun ada yg x best..merlin aku tgk,human target aku tgk,gossip girl aku tgk,preety little liars pn aku tgk..oh,suka gila ezra fitz dlm cerita preety little liars tu..jaw dia, awhhh..same dgn Dan cerita gossip girl sama dengan arthur cerita merlin sama dgn mcdreamy..huhuhu.oh,cerita korea x lucah mcm cerita omputih..heee..eh,aku x tgk movie bln2 puasa ni tau..tgk pon mlm2 kat tv...

ok,lain org lain citarasa..cuma aku geram je sebab sorg2 kawan aku minat korea dia..lepas satu satu..hish..

berbalik kpd perbualan aku ngan syiro kat atas,aku x rasa cn blue tu x jmbu..aku ttp rasa lelaki korea jambu..hahaha..sory,no offense..teheee..

maaflah ye,kepada fans2 korea sekalian..aku belum terasa nak minat lagi kot..cuba sorg buat aku minat..cer cuba cer cuba..



adios..




Wednesday, August 10, 2011

5,6,7,8,9,10 and still counting..

assalamualaikum..
dah lama x mengupdate blog ni kan??baru plan nak buat 'dear diary' ala2 diari ramadhan rafiq..kikikiki..x jadilaa..udah nggak ada mood mau gimana lagi dong??hihi..so,hari ni kita speeding yee...kalau berminat,teruskan baca.

5 ramadhan,
hari jumaat kan??xde apa yang menarik rasanya hari ni.oh,ada satu..aku ngan mama pegi carefour kat belakang rumah tu nak beli barang2 dapur.mula2 plan nak buat asam pedas,tapi aku ni bengong pegi kedai masa org dah nak semayang jumaat,nak tutup dahla kedai tu..so,lepas hantar adik aku g skolah,pegila carefour..first time bawak altis wa cakap lu.aku rasa kereta tu macam besar gila.x konfiden bawak. shopping3..belila 3 botol sunquick..murah okay..kat rumah ni dah ada 7 botol sunquick.masa jln2 tu,ternmpak tanda harga 9.90.udang sekilo 9.90..memang murahlaa.aku pon volunteer la dekat mama nak pegi mengaut udang tu..korang penah tengok org berebut masa sale??ala2beg prada jual 500..cenggitu ler..ala2 cadar akemi ada less 80%+10%...aku pun ape lagi..kaut kaut laa.pastu pegi timbang tengok2 x sampai sekilo pon.kebas2 tangan aku wo!sejuk kot.pastu mama capai lagi seplastik nak memancing lagi..xsempat abang tu nak letak udang drpd baldi ke tempat udang,org ramai dah serbu..mencangkungla pilih udang..dptla sekilo lebih..campur agak2 2kilo la jugak udang yg kitorang siang petang2 tu..

6 ramadhan:
xde apa yg menarik melainkan aku pegi mid ngan abg ngan adik aku sebab nak tmankan maksu tgk ipad2..pastu kitorg jln2la 3 orang sebab mama dmam..pastu pegi roxy sebab mmg nak cari purse..purse aku pakai drpd form2 kot..yg zap on punya tu..hahah..kanak2 gila weyh..thanx tu berus basuh baju yg dah rosakkan zap on wallet aku n membulu2kan wallet aku..so,aku terpaksa la pergi cari wallet baru..ecece..terpaksa kunun..itu pun hadiah kakteh bagi sempena birthday aku masa form2..so,aku pun dah berkenan kat purse roxy yg memulanya aku x berkenan pon.abg aku yg beria2 suka..tgk2 macam cantikla pulak..harga dia 100++..korang rasa berbaloi x??heee..kena kumpul duit nii..duit dah habis buat pegi singapore hari tuu.
then,petang tu kitorang pegi rumah tokayah.berbuka kat sana..buat nasi ambang babe..lama sudah x makan nasi ambang..teringat kusess,teringat ahli dorm,teringat junny yg selalu jadi yg last makan sambil makan dgn mulut penuh kembung2,teringat suap2,teringat bonda..eh..hahaha..kitorang makan dalam dulangla..ada ayam masak kicap,sambal goreng,ikan masin,mi goreng n cuma tambah sup ayam jee sebab ada org x makan nasi kering2 kan..nak kena ada kuah..serius makan banyak kalau makanramai2 mcmtu..

7 ramadhan :
xde pegi mana2 sebab mama demam x baik2 lagi..uhuk3..petang tu g carefour lagi dgn abah pulak sebab mlm tu nak buat spaghetti utk berbuka..tapi before tu round2 rumah kedai kat btho ni sbb hariz nk buat dia ppunya kajian geografi tempatan..aku jado fotografer x bertauliah tukang amik gambar kedai2 kat situ..so,mlmnya masakla spaghetti,mushroom soup,roti telur..

8 ramadhan :
tgh hari tu hantar hariz g sekolah,hantar mama g klinik,n g kedai beli ikan pari sebab nak jugak buat asam pedas tu...sejak mama demam,aku mmg jadi tukang masak tetap lah..hihihi..mlm tu tgk supermak..klakar kot cerita tuu

9 ramadhan :
masak berbuka sorang2 sebab mama x larat.pukul 6 baru start masak.n aku berjaya masak daging taktau nama..ala2 masak merah pun ye dendeng pun ye jugak..idok tau lee..sup sayur,n sotong goreng tepung sedap..hahaha..penat wa cakap lu..berpeluh2..sakit belakang..ecece..cam org tua pulak dahh..

10 ramadhan:
pegi jusco ngan along n kak fida..jumpa cik raja azmatu amirah..hihhihi..selamat bekerja ye..aku segan nak pakai kebaya cenggitu,sexy...huhuuhu..pastu hantar kakfida g bangi,umah kakak sedara dia n guess what..aku drive dari bdr bru bangi smpi bdr tun razak..pegi amik mama kat smss..pastu balik pusing2 alam damai n damai perdana cari ayamas..pastu tidur x hengat..dah pukul 6 bru terhegeh2 nak cari lauk..haha..merempit ngan abah g kedai beli lauk..dah lama kot nk naik motor..

*korang mesti tengok ini kisahku dekat tv9..best..terasa nak menitiknitik je air mata tiapkali tengok..pukul 6.30 petang..masa tgh masak2 tu tinjau2 la tv..hehehe..tiap2 rabu n khamis..minggu lepas catriona ross ngan sham kamikaze.tadi wardina..cerita pasal org yg dah berubah..kadang kita rasa org yg baru berubah tu lagi baik dari kita..kita yg dah bertudung dr kecik ni amalan pun x cukup lagi..solat pun ada tinggal2..mesti ada rasa something kat dlm yg menusuk kalbu jiwa raga lah bila dgr org2 ni cerita kisah dia..cerita catriona ross aku dah dgr dah lagi detail dekat halaqah,sentuhan qalbu..sedih...so,sementara nak tunggu bukak puasa,boleh muhasabah diri..tgh masak pun boleh fikir2 jugak..



Friday, August 5, 2011

4 ramadhan 1432H

hari ni xde cerita banyak.hujan sepanjang hari.kainkain kat ampaian kat luar tu dah duatiga kali mandi hujan.aku pun dah duatiga kali lari2 selamatkan kain sambil mandi hujan.haish..abis selesema dah..aaaacheww!!hee..gedik!
kitorg berbuka simple jee..sardin,ikan goreng n sup sayur..*sejak bile kitorg berbuka x simple??*hahah..terawikh pon pegi dekat2 jee..surau yg kitorg pegi masa 2 ramadhan..tpi masa 2 ramadhan aku ngan mama kena semayang kat luar siap lompatlompat tembok dengan memakai telekong+kain sekali..hahahah..xde kipas plus peluh menitiknitik...tapi semalam kitorang semayang kat dalam tempat aircond..hehehe..x ramai sebab hujan kot..

malam tadi tengok movie kat popcorn thursday kat 8tv..suka tengok moviemovie dekat 8tv.citer dia selalu je pasal family..seronok..malam tadi cerita tuesday with morrie..cerita pasal laki ni g melawat lecturer dia yg dah nak mati after 16 yrs x jumpaa..padahal dia dah janji nak keep in touch dengan lecturer dia tuu sebab dia feveret student..best..rasa nak nangis je dari start sampai habis..masalahnya aku tertidur sepuluh minit sebelum habis..cis..xtau apa jadi ngan cikgu dia tu..bila dia pegi melawat cg dia every tuesday,dia record semua yg cg cakap ..dia tu reporter.so,dia selalu kata dia xde masa then cg dia kata "letme tell you something about time"then cg die thn nafas n kira sampai 12.."12,last time it was 16..you're young.i know you can do much longer than that"..korang rasa apa kalau hari ni korang tahan nafas boleh kira sampai 16 then next week 12 jee..masa dah nak sampai kan???sedih..dah x boleh jln...dia tanya cg dia mcmane cg dia boleh ceria jee..cg dia kata..bila dia bangun tidur dia nangis,marah menyesal n selalu kata""what have i done wrong??".dia selalu mempersoalkan kenapa dia yg kena penyakit nii..then bila dia recall balik apa yg dia rasa tadi,dia kata kat diri sendiri"enogh for today n i juz forget what i felt"...motivational tau cerita dia..'you will know how to live when you know how dying feels like'..kalau ada masa downloadla cerita tuu..nice..


suka gila lagu nii..n bila dengar shila nyanyi sorg2 pon best jugakkk!!layan...



***baru tgk ending cerita tuesdays with morrie td,dekat youtube...sedih gilaaa..baik korang pi tengok..xyah download..kat youtube ada full movie..true story kot..tetiba nak kata..terima kasih cikguuu!!!



Thursday, August 4, 2011

3 ramadhan 1432H

hari paling penat*padahal x buat apa pon kat rumah*...entri 3 ramadhan telah diposponedkan ke 4 ramadhan..hehehe..sebabnya..

ok,sejak bulan puasa ni*macam puasa dah berminggu2 jee*,aku dah x tido sangat dah lepas sahur*wink3*...hehehe...tapi mesti tidurla tghhari ke petang kee..tapi hari ni,tidur2 ayam je time tgh hari then x tido dah..pastu pkul 530 baru rasa ngantok,tapi dah pukul 530..kang mama marah pulak tgk aku terbongkang tido lauk berbuka x masak lagi..oh,actually bukan lauk sangat pon..kitorg berbuka mi goreng masin hasil masakan aku je semalam...hahaha..mama buat air jee..sbb kitorg nak g semayang kat masjid jauh sikit malam td..

dlm kol 8lebih camtu,kitorg pon gerakla..g masjid mane???masjid negara weyh..aku x penah semayang terawikh kat masjid negara..kitorg sampai dlm kol 830..sempat lagi la amik semayang lagi sekali sebab x azan lagi..bagus!!xpayah tahan2 kentut....then duduk2 kejap dah azan..sejukla semayang kat masjid negara..ada aircond.hahaha...hish..niat x betul..sebelum ni kitorg semayang peluh menitik2 sebab rasa angin bertiup sepoi2 bahasa je,sebab kena semayang kat luar..hahaha..surau penuh beb!

oh,n imam kat masjid negara tu baca satu mukasurat satu rakaat..agak lenguh jugak la kaki aku ni sbb dah lama x berimamkan org yg baca surah pnjg2 ni...rasanya last time dulu kat kusess yg semayang tersengguk2 tuh..ingat x kawan2??jgnla tipu kata korang x penah tersengguk kat surau kusess tu...sape yg x penah memang tipu ah...tapi okla sebab imam ni baca clear n kuat..mula2 dah agak dah dia baca 1 mukasurat,then tgk org saf depan skali tu letak quran besar kat depn dia,pastu habis semayang 2 rakaat dia selak..bru terasa kalau duduk depan letak quran boleh tgk sekali apa yg imam tu baca,,xdela fikiran aku melayang jauh2 sebab dia baca panjang sangat..tapi dia xde baca tasbih2 yg lepas 2 rakaat tu,lepas salam,dia terus angkat takbir balik.cuma lepas 4 rakaat dia baca doa.tu pun pendek je..ye laa..kalau zikir panjang2 bila nak habis 20 kan??lepas tu masjid negara x ramai orang..yg ramai pon pakarab n famili dia,bdak2 u kot,n pakcik2 baru balik keje sebab pakai shirt lagi..budak2 ramai la jugak tapi dia ada org yg jaga kn..mcm kat masjid wilayah la jugak..pakcik tu lalu je,budak2 tu baik je diam..hahaha..bagusla..kalau kat surau2 taman perumahan,budak2 bising..

pastu dah abis 8,kitorg keluar,nmpak along ngah duduk kat luar tu..hariz ngah amik makanan moreh..kitorg pon g tempat pompuan tapi minum jelaa..moreh dia ape??mihun sup,kuih bakar,teh o n nescafe o mendidih n air bandung..aku n mama x makan ppun..tapi hariz kata mihun sup dia sedap..along kata moreh kat masjid negara mmg sedap..dia penah pegi kan...tapi apa2pun,bestla semayang kat masjid negara..dahla cantik..dalam kul 1015 kitorang balikla..sampai umah dlm pukul 1100..masa tu mata dah separuh tertutup dah..ngantuk gilaaa...tgk tv cite the seeker kejap pastu tangkap lentok laaa...

*selingan: mama kata,masa sekolah dulu,dia selalu studi kat masjid negara.makcik aku sekolah dekat2 ngn  masjid negara tu.mak aku naik bas,pegi masjid negara jumpa makcik aku,studi kat makam pahlawan tu..mak aku kata,best,sunyi..senang nak studi..lagipun,ofis atuk aku dekat bukit aman sebelah tuu..*erk,bkn makam tu kubur ke...xpe sebelah tu masjid..hahahaa...bestt ek,duduk kl zaman dulu2..mak aku g skolah jln kaki pastu naik bas selamba je kat tengah2 kl tuu..pukul 6 dah kuar umah..lek je kan..oh yela,dulu xde kes rogol,org simbah asid,culik..sekarang,ngeriiii...

setakat ni,4 terawikh kitorg dah try 4 masjid lain2..mari kita pegi bnyk2 masjid eh...

Tuesday, August 2, 2011

2 ramadhan 1432H

assalamualaikum..
macamana 2 hari puasa??ok?ko??mestila ok kan..kalau x ok pun ok2 kan jee..hee
hari ni buat pertama kalinya aku masak waktu puasa..maksudnya,masak without tasting the dish..masa masak tu asik pikir jee..ape la rase lauk aku ni???pakai bedal je letak garam gula bagai..1 lauk je laa yang aku masak..ayam masak merah..sounds delicious huh..hee..pastu,buat air pun main curah je  kordial tuu..
masa berbuka,minum air,wah..sedaplaa..lulus air puasa akuu...pastu terus colek sikit sambal ayam masak merah tu..sekali,sedap weehhh!!!wuhuu...abang aku kata"weyh,x puasa eh??asal sedap sgt nih??"ok ..xpayah bangga sgtlah kan.sebab abg aku tu,aku masak x sedap pn dia kata sedap..tolak batu dgn kayu jee dia tuuu..tiba2 bersemangat nak masak utk esok..hahaha

"Menyediakan makanan kepada orang yang berpuasa. Sesungguhnya Islam suatu agama kebajikan dan kebaikan dan kerana itulah Rasulullah s.a.w sentiasa menggalakkan untuk menyediakan makanan kepada orang yang berpuasa. Baginda bersabda ; " Barangsiapa menyediakan makanan kepada orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa dengan tidak sedikit pun kurang dari pahala orang yang berpuasa itu " [riwayat Turmizi, kitab puasa, bab kelebihan menyediakan makanan kepada orang yang berpuasa, no. Hadis 807. Berkata Imam Turmizi ; Hadis ini hasan sahih].

Dan berkata sebahagian dari Salaf ; “Aku lebih suka memanggil sepuluh orang yang berpuasa lalu aku sediakan makanan untuk mereka berbuka daripada aku memerdekakan sepuluh orang hamba”.
Dan Ibnu Umar tidak berbuka melainkan bersama anak-anak yatim dan orang-orang miskin."


jadi,rajinrajinkanla tolong ibu2 anda masak juadah buka puasa yeee..hehehe..oh,btw,tiga hari terawih ni,rami betul orang...baguslah..harap dapat teruskan sampai akhir ramadhan yee..






Monday, August 1, 2011

1 ramadhan 1432H

salam 1 ramadhan!bukan salam 1 malaysia...hee..hari ni hari 1st puasa utk semua umat islam.so,mlm sebelum kita puasa tu,kita kena niatla kan..kalau x niat,x kira la puasa kita kan..dulu2 waktu kecik,slalu je x ingat nak niat..tapi kira jugak puasa tuu..x ganti pon...hehehe..nasib baik masa tu zaman kanakkanak..

pagi tadi masa sahur mama tanya sorang2 dah niat ke belum..hehehe..yela,puasa setahun sekali jee..takut2 lupa..pastu abang aku n adik aku masing2 nyanyi lagu niat puasa yang ni..


diorang kata diorang x ingat,nyanyi je lagu ni..kira niat la kan??hahaha..


nak ikut upin ipin pon bole...



xkirala macam mana atau apa versi pun niat puasa tu,asalkan kita niat drpd x niat kn??jangan lupa niat yee...oh,terawih jangan tinggal ek...

salam..


ramadhan datang lagii..

yeay!!bulan ramadhan datang lagii..ustaz dekat alkuliyyah hr jumaat lepas kata lg baik sebut bulan ramadhan drpd bulan puasa..sebab kita bukan sekadar puasa jee..so,kepada saudaramara,kawankawan,musliminmuslimat seluruh malaysia,semoga bulan ramadhan tahun ni membawa banyak rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kita..insyaallah..


selamat berpuasa dan menunaikan ibadah di bulan ramadhan ye,kawankawan..